Mon - 06 Feb
Written by ADMIN2
Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh (STAR’71) adalah salah satu dari sembilan individu yang menerima anugerah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.
“Saya sebenarnya berasa gembira dan juga berasa bersyukur dan terima kasih kerana mungkin usaha-usaha atau sumbangan sekecil yang saya lakukan itu mendapat perhatian dan diberi recognition” kata beliau. “Penganugerahan sambutan Maulidur Rasul ini merupakan satu galakan kepada saya untuk terus melakukan apa yang patut dilakukan oleh seorang aktivis dalam gerakan Islam.” tambahan Fuad.
"Saya berasa gembira dan syukur kerana sumbangan kecil saya telah mendapat perhatian dan diberi penghargaan," katanya.
Yeoh Kiat Hian (nama dahulu) semasa di STAR adalah seorang penuntut yang hebat secara akademik. Walau pun belum lagi seorang Islam, Fuad selalu bersama kawan-kawan di kelas sewaktu subjek agama, malahan sekali gus mengambil ujian agama.
Tahniah Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh. STARIANS, old and new, are proud of you especially the STAR66 gang.